Sabda
Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu
bersedekah. Para sahabat bertanya: ‘Jika tidak mampu ya Rasulullah?’ Baginda
menyatakan: ‘Maka hendaklah dia berusaha sendiri (bekerja dengan tangannya)
yang dapat memberi faedah kepada dirinya dan dengan yang demikian dia dapat
bersedekah.’ Mereka bertanya lagi: ‘Jika dia masih tidak sanggup (tidak mampu
bekerja)? Jawab nabi: ‘Maka hendaklah dia menolong orang yang susah yang
memerlukan bantuan.’ Tanya sahabat lagi: ‘Jika sekiranya dia tidak dapat berbuat
demikian?’ Jawab nabi: ‘Maka hendakah dia (mengerjakan kebaikan dan) menyuruh
orang lain mengerjakan kebaikan, jika dia tidak dapat berbuat demikian juga,
maka hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang
demikian itu adalah juga dianggap sedekah.” (Riwayat Bukhari)
EmoticonEmoticon